Saturday, February 15, 2025

Waktu Kerja Penjawat Awam Pahang Setiap Jumaat Sepanjang Ramadan – Arahan Dari Al-Sultan Abdullah

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kesyukuran bagi umat Islam. Di negeri Pahang, ada sedikit perubahan untuk waktu bekerja penjawat awam sepanjang bulan Ramadan, yang diumumkan oleh DYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sepanjang bulan puasa ini, waktu bekerja penjawat awam pada setiap hari Jumaat akan tamat lebih awal iaitu pada pukul 12.30 tengah hari.

Perubahan Waktu Kerja Semasa Ramadan

Keputusan ini dibuat supaya penjawat awam dapat lebih fokus pada ibadah puasa dan meluangkan masa bersama keluarga. Dengan waktu bekerja yang lebih singkat, mereka akan lebih selesa untuk menjalani bulan Ramadan tanpa tertekan dengan tugas kerja. Sultan Abdullah juga mengatakan bahawa perubahan ini adalah cara kerajaan negeri untuk menghargai kerja keras dan dedikasi penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka.

Kenapa Perubahan Waktu Kerja Penting?

Selain memberi lebih masa untuk beribadah, perubahan waktu kerja ini juga memberi peluang kepada penjawat awam untuk lebih fokus pada keluarga mereka. Bulan Ramadan adalah masa yang penting untuk berkumpul bersama keluarga, berbuka puasa, dan melakukan ibadah bersama-sama. Dengan waktu kerja yang lebih pendek, semua ini dapat dilakukan dengan lebih tenang.

Manfaat Perubahan Waktu Kerja

1. Lebih Tenang untuk Menjalani Ramadan: Dengan waktu kerja yang tamat lebih awal, penjawat awam dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih tenang dan kurang terbeban.

2. Lebih Masa untuk Keluarga: Mereka boleh meluangkan masa berbuka puasa bersama keluarga dan melakukan solat terawih bersama.

3. Tumpuan kepada Ibadah: Pengurangan waktu kerja memberi peluang untuk lebih fokus pada ibadah seperti solat terawih tanpa tergesa-gesa.

Kesimpulan

Keputusan ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pahang sangat prihatin terhadap kesejahteraan penjawat awam. Al-Sultan Abdullah sentiasa memastikan kebajikan rakyat diutamakan, terutama ketika bulan Ramadan. Dengan perubahan waktu kerja ini, diharapkan semua penjawat awam dapat menjalani Ramadan dengan lebih bermakna, tenang, dan penuh keberkatan.

Sunday, July 16, 2017

‘Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa’

MACHANG, KELANTAN – Susulan viral kes seorang lelaki mencabul dan cuba merogol seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak Khamis lalu, ahli keluarganya tampil memohon maaf dan memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Wan Rabiatul Adawiah Cekda berkata, suspek, Muhammad Samir bin Hassan, 25, mempunyai masalah kesihatan mental dan telah beberapa kali dimasukkan ke wad psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Saya salah seorang waris suspek kes ini memohon maaf di atas kes ini. Sebenarnya suspek ada masalah mental dan telah beberapa kali dimasukkan ke dalam wad psikiatri di Kota Bharu.

“Mungkin ada yang terfikir, mengapa kami tak masukkan dia ke dalam wad sebelum kejadian ini. Untuk pengetahuan, bukan semudah ABC untuk kami masukkan suspek ke dalam wad. Kami perlu ada kes suspek mengamuk atau mencederakan orang, baru boleh dimasukkan ke dalam wad.

“Sebelum kejadian ini, suspek baik-baik sahaja. Suspek juga bukan di bawah pengaruh pil ataupun dadah. Malah rokok pun suspek tak hisap,” katanya.

Jelas Wan Rabiatul lagi, jika suspek tidak mempunyai masalah kesihatan, lelaki itulah yang akan menjaga ibu dan neneknya di kampung.

“Kalau fikir logik akal, boleh tengok video itu. Suspek tidak melawan, apatah lagi menutup muka dia. Ini kerana dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan. Mungkin tak ada rasa apa-apa.

“Saya wakil keluarga memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa,” katanya.

Terdahulu, mangsa mendakwa suspek telah memanjat masuk ke dalam tandasnya semasa dia sedang membuang air kecil sebelum dicabul dan cuba dirogol oleh suspek.

Bagaimanapun jeritannya meminta tolong berjaya membuatkan seorang wanita berhampiran pergi mendapatkan bantuan sebelum suspek ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : brodespatch

Wednesday, July 5, 2017

HAMZAH : HARGA MINYAK MUNGKIN AKAN DITETAPKAN SECARA HARIAN

hamzah-minyakKUALA LUMPUR: Kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan akan memperkenalkan formula baharu tidak lama lagi berhubung mekanisme penetapan harga mingguan petrol dan diesel.

Menteri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kementeriannya sedang berunding dengan kementerian kewangan serta pengusaha stesen minyak bagi mewujudkan situasi menang-menang.

“Dengan harga minyak terus menurun dalam beberapa minggu ini, mereka (pengusaha stesen minyak) menghadapi tekanan. Saya berbincang dengan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani serta pengusaha berkenaan.

“InsyaAllah, menjelang minggu depan, akan terdapat sesuatu untuk setiap pihak.“Kita akan tentukan kaedah ini dapat membantu rakyat dan serentak itu menunjukkan industri berkenaan boleh diliberalkan dan mungkin pada masa depan, kita akan lakukan (penetapan harga) secara harian,” katanya pada sambutan Hari Raya anjuran Malaysia Intellectual Property Corporation (MyIPO) hari ini.

Penetapan harga mingguan petrol dan diesel oleh kerajaan pertama kali diperkenalkan pada 29 Mac dan pada setiap Rabu, pengumuman harga baharu minyak dibuat.

Harga itu berkuat kuasa selepas tengah malam.

Mekanisme ini membolehkan pengguna menikmati harga runcit yang lebih stabil berbanding penetapan harga bulanan.

Untuk minggu sehingga Rabu ini, harga seliter ditetapkan pada RM1.89 untuk RON95, RM2.15 untuk RON97 dan RM1.84 untuk diesel.

Monday, March 27, 2017

HARGA MINYAK PETROL RON95 RON97 DIESEL MINGGUAN TERKINI



Bermula 29 Mac 2017, harga siling bahan api (minyak petrol dan diesel) ditetapkan secara mingguan mengikut kaedah pengapungan terkawal berdasarkan Purata Harga Pasaran minggu sebelumnya.

Harga mingguan baharu akan berkuatkuasa setiap hari KHAMIS.

Untuk memudahkan anda memantau pergerakan naik turun harga runcit (harga di pam) bahan api, berikut kami sediakan senarai harga mingguan bagi seliter minyak petrol dan diesel di semua lokasi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.




Tuesday, March 7, 2017

DISAMAN GARA-GARA VISOR HELMET GELAP




*Aku baru sahaja melalui road block PDRM dan disaman atas sebab kononnya mnggunakan visor gelap pada helmet... bukan aku je yang kena... tapi ramai lagi.. yang sangat aku kesian bila tengok orqng balik kerja, buruh-buruh pakai motor buruk pun kena... dah dekat 8 tahun aku pakai visor nie baru sekarang kena saman... sebelum ini berpuluh kali lalu roadblock ok je lepas... cenggini lah, kalau aku cerita sebab apa pakai visor gelap, silau bila siang sebab matahari, silau sebab malam kereta pakai lampu putih macam haram, maybe aku salah dan tak diterima... aku cuma nak cakap... kepada pemimpin Malaysia yang baca ini, kalau rasa tak ada duit tak payah BAGI BRIM LEPAS TU KUTIP BALIK... tak payah nak kejar sangat jadi negara maju kalau menyusahkan orang... negara yang membangun pun dah cukup... kesiankan buruh-buruh yang aku cakap tadi.. badan kotor-kotor main batu main simen untuk lekatkan sebiji bata yang akhirnya jadi tempat gah untuk datok-datok sekalian, basah kuyup kena hujan dengan motor yang dah nak luruh kebumi tu... kalau ulang kalau tak mampu bagi jangan berlagak boleh bagi lepas tu kutip balik*
*#mohon viral*

*#harap sampai*
Sumber : WhatsApp