Pelabuhan Klang: "Penduduk terkejut dengan kehadiran ramai anggota polis berpakaian preman dan bertopeng sebelum diberitahu ada penjenayah ditembak," kata Setiausaha Ketua Kampung Pulau Ketam Wang Kheng Hwa.
"Individu terbabit dipercayai datang ke pulau ini petang semalam, dengan menaiki bot, penduduk kampung memang tidak mengenalinya dan dia bukan penduduk pulau ini.
"Kami menyedari kehadiran polis apabila melihat sekumpulan individu bertopeng mula mengepung kawasan sekitar hotel," katanya ditemui, di sini, hari ini.
Menurutnya, individu terbabit mendaftar masuk ke hotel berkenaan berseorangan, jam 6 petang semalam.
"Penduduk memang tahu dia orang 'darat' sebab setiap penduduk memang kenal antara satu sama lain. Namun, penduduk tidak menyangka dia adalah penjenayah yang dikehendaki.
"Buat masa ini, penduduk masih berjaga-jaga dan banyak rumah kini dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.
Terdahulu, suspek mati selepas berbalas tembakan dengan polis, jam 3 pagi tadi.
Sebelum itu, suspek diburu selepas melepaskan tembakan hingga mencederakan seorang pekerja pembersihan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, dekat sini, 8 Februari lalu.
Sumber: MY METRO
No comments:
Post a Comment