Monday, March 6, 2017

DISAMAN GARA-GARA VISOR HELMET GELAP




*Aku baru sahaja melalui road block PDRM dan disaman atas sebab kononnya mnggunakan visor gelap pada helmet... bukan aku je yang kena... tapi ramai lagi.. yang sangat aku kesian bila tengok orqng balik kerja, buruh-buruh pakai motor buruk pun kena... dah dekat 8 tahun aku pakai visor nie baru sekarang kena saman... sebelum ini berpuluh kali lalu roadblock ok je lepas... cenggini lah, kalau aku cerita sebab apa pakai visor gelap, silau bila siang sebab matahari, silau sebab malam kereta pakai lampu putih macam haram, maybe aku salah dan tak diterima... aku cuma nak cakap... kepada pemimpin Malaysia yang baca ini, kalau rasa tak ada duit tak payah BAGI BRIM LEPAS TU KUTIP BALIK... tak payah nak kejar sangat jadi negara maju kalau menyusahkan orang... negara yang membangun pun dah cukup... kesiankan buruh-buruh yang aku cakap tadi.. badan kotor-kotor main batu main simen untuk lekatkan sebiji bata yang akhirnya jadi tempat gah untuk datok-datok sekalian, basah kuyup kena hujan dengan motor yang dah nak luruh kebumi tu... kalau ulang kalau tak mampu bagi jangan berlagak boleh bagi lepas tu kutip balik*
*#mohon viral*

*#harap sampai*
Sumber : WhatsApp

PERMOHONAN BR1M TAK LULUS , ORANG RAMAI BANJIRI MEDIA SOSIAL DENGAN HASHTAG #br1m


7 Mac - Sejak dari petang tadi, hashtag #br1m sekali lagi mula membanjiri media sosial Facebook dan Twitter apabila orang ramai melaporkan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang dipohon mereka tidak diluluskan.

Maklumat dari orang ramai mendapati ada dari permohonan yang tidak diluluskan itu diberi dengan mesej alasan "maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan (SSM)".

Selain itu, turut dipaparkan tempoh tarikh rayuan yang bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.


Di media sosial, pemohon-pemohon BR1M memuat naik keratan permohonan mereka yang tidak diluluskan dan bertanya kepada rakan-rakan mereka adakah menerima nasib yang sama.

Selain itu, ada juga yang meminta penjelasan disebalik alasan yang diberikan.

Bagaimanapun, ada juga yang melaporkan status permohonan mereka telah diluluskan.

Status permohonan BR1M terbaru boleh disemak di SINI.

Thursday, March 2, 2017

ANTARA PUNCA HARGA GULA NAIK ADALAH ...


HARGA gula mulai naik sejak semalam iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram, naik sebanyak 11 sen!

Menurut laporan Oriental Daily, punca kenaikan ini adalah disebabkan peningkatan harga gula di pasaran antarabangsa, ditambah pula penyusutan nilai ringgit, sekali gus mendorong kos yang ditanggung kilang pengeluar gula tempatan turut meningkat.

Difahamkan, kenaikan ini telah diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Memetik laporan akhbar ini, Adun Bahau, Chew Seh Yong mendakwa, beliau telah menerima rungutan daripada orang ramai sejak awal pagi semalam bahawa harga gula telah naik sebanyak 11 sen sekilogram, iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

"Setelah mendapat penjelasan daripada pihak berkaitan, akhirnya memang disahkan pihak kerajaan telah setuju dengan kenaikan 11 sen sekilogram ini. Beberapa peniaga telah menjual dengan harga terbaru ini, manakala ada pekedai runcit hanya akan naikkan harga selepas pengumuman dibuat kerajaan," kata Seh Yong kepada akhbar ini.

Menurut beliau, tidak kira membuat pengumuman atau tidak, kerajaan sepatutnya tidak meluluskan kenaikan harga gula ini kerana ia akan membebankan lagi kos hidup yang ditanggung oleh rakyat jelata ketika ini.

"Apa yang lebih mengecewakan kita ialah kenapa kerajaan tidak telus dalam mengendalikan harga runcit gula ini. Kerajaan terpaksa meluluskannya secara senyap-senyap tanpa memberitahu kepada orang ramai.

"Apabila berlaku keadaan seperti ini, sudah tentu akan menyebabkan pengguna rasa kurang senang hati malahan akan menyebabkan pasaran berada dalam kedudukan keliru," katanya.

Menurut Seh Yong, gula adalah salah satu barang keperluan penting kepada setiap orang dan setiap kali apabila berlaku kenaikan, ia pasti akan meningkatkan inflasi serta menjejaskan kos sara hidup rakyat.

"Adalah tidak bijak bagi kerajaan membenarkan kenaikan harga gula pada masa ini. Ia seolah-olah menyeksa rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang sebelum ini," katanya lagi.

- Sinar Harian