Tuesday, February 28, 2017

ADUAN MASALAH DUIT BR1M BELUM MASUK

Pemohon baru dan penerima sedia ada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) dinasihatkan menggunakan saluran yang betul dalam usaha untuk mengemukakan masalah yang dihadapi.

Antara masalah utama dihadapi oleh pemohon baru dan penerima BR1m sedia ada adalah status permohonan memaparkan LULUS / BERJAYA tetapi duit BR1M belum dikreditkan atau dimasukkan ke dalam akaun bank simpanan penerima.

Jika anda menghadapi masalah ini, sila fahami dahulu maklumat dan kenyataan yang disertakan di bawah sebelum mengemukakan sebarang aduan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi setiap permohonan yang BERJAYA / LULUS akan diagihkan secara berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan.

Kecepatan pengkreditan duit bantuan BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun bank dan tidak memberikan maklumat akaun bank semasa membuat permohonan baharu / kemaskini, surat kelulusan (Baucar BR1M 2017) akan dihantar secara pos terus ke alamat penerima dan seterusnya baucar tersebut boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk makluman, pembayaran BR1M dalam bentuk baucar turut dibuat secara berperingkat dan penerima baucar berkemungkinan akan lewat mendapat baucar tersebut berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank.

Sekiranya BR1M tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun penerima disebabkan masalah sistem atau sebagainya, surat makluman akan dihantar ke alamat penerima dan penerima perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk menunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat hanya untuk permohonan BR1M 2017 yang sudah disahkan LULUS / BERJAYA setelah membuat semakan status permohonan.


Cara yang paling berkesan bagi membuat aduan berkaitan masalah duit BR1M 2017 belum diterima lagi pada tarikh yang sepatutnya adalah dengan mengunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan dan nyatakan masalah yang dihadapi oleh anda.

Ataupun anda boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDN) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan).

Sekiranya anda meluahkan masalah berkaitan BR1M yang dihadapi itu menerusi ruangan komen blog, ia tidak dapat membantu anda menyelesaikan masalah tersebut kerana admin blog terbabit bukannya dari pihak LHDN.


Melainkan anda sendiri membuat aduan dengan menggunakan cara yang betul menerusi saluran rasmi seperti mana yang dinyatakan sebelum ini.

HARGA PETROL DAN DIESEL UNTUK BULAN MAC 2017



KUALA LUMPUR: Harga petrol akan tidak berubah untuk bulan Mac.

Harga Diesel walaubagaimanapun, akan naik sebanyak 5 sen per liter.

Mengesahkan hari ini, sumber-sumber dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, harga RON 95 dan RON 97 bahan api akan kekal tidak berubah bagi bulan Mac.

RON 95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter, manakala RON 97 akan dijual pada RM2.60 seliter.

Diesel akan naik lima sen kepada RM2.20 seliter.

Harga petrol tidak berubah menamatkan peningkatan harga selama dua bulan berturut-turut. Pada bulan Disember, RON 95 dijual pada harga RM1.90 seliter, dan naik 20 sen pada bulan Januari.

bahan api itu juga menyaksikan kenaikan lagi 20 sen pada bulan Februari, menjadi RM2.30 seliter.

HARGA MINYAK NAIK LAGI ESOK?


PETALING JAYA: Harga runcit petrol dan diesel dijangka naik lagi mulai esok apabila kerajaan mengumumkan harga baharu malam ini, menurut sumber yang bagaimanapun mempertikaikan khabar angin melalui Whatsapp.

Menurut mesej pesanan ringkas yang giat dikongsi menerusi aplikasi itu, harga baharu RON95 dan RON97 akan naik masing-masing kepada RM2.50 dan RM3.00 seliter, iaitu kenaikan 20 sen dan 40 sen. Harga diesel pula dikatakan akan naik 30 sen kepada RM2.45.
Sumber industri yang dihubungi FMT menafikan kenaikan tersebut, menyifatkannya sekadar “khabar angin”.

“Kami masih belum mendapat maklumat rasmi, namun berdasarkan perkiraan angka itu tidak betul,” katanya.

Katanya, kadar kenaikan seperti yang tersebar itu adalah maklumat tidak sah.

Harga petrol ditentukan setiap awal bulan menggunakan sistem apungan terkawal.

Dalam pelarasan terakhir pada bulan lepas, harga RON95 dan RON97 naik 20 sen masing-masing kepada RM2.30 dan RM2.60, manakala diesel naik 10 sen kepada RM2.15.

Kerajaan sebelum ini berkata rakyat perlu bersedia dengan kenaikan harga minyak disebabkan nilai ringgit yang rendah dan pemulihan harga minyak mentah sedunia. SUMBER

Monday, February 27, 2017

TARIKH AKHIR PEMPROSESAN PERMOHONAN BR1M


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemprosesan permohonan 3,123,950 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijangka selesai pada 28 Februari ini.

“Kepada yang masih belum menerima BR1M atau status mereka masih dalam proses, iaitu seramai 3,123,950, pemprosesan permohonan BR1M anda dijangka selesai pada 28 Februari ini. – Bernama

kepada mereka yang masih ternanti-nanti dengan status dalam proses diharap dapat bersabar sehingga 28 Februari 2017 insyallah BR1M akan dimasukkan. Gunakan duit BR1M dengan sebaik-baik mungkin walaupun percuma hendaklah digunakan bagi meringankan beban dengan ekonomi yang tidak menentu.