Saturday, July 15, 2017

‘Dia ada masalah kesihatan mental, saya wakil keluarga suspek mohon maaf kepada mangsa’

MACHANG, KELANTAN – Susulan viral kes seorang lelaki mencabul dan cuba merogol seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak Khamis lalu, ahli keluarganya tampil memohon maaf dan memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Wan Rabiatul Adawiah Cekda berkata, suspek, Muhammad Samir bin Hassan, 25, mempunyai masalah kesihatan mental dan telah beberapa kali dimasukkan ke wad psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Saya salah seorang waris suspek kes ini memohon maaf di atas kes ini. Sebenarnya suspek ada masalah mental dan telah beberapa kali dimasukkan ke dalam wad psikiatri di Kota Bharu.

“Mungkin ada yang terfikir, mengapa kami tak masukkan dia ke dalam wad sebelum kejadian ini. Untuk pengetahuan, bukan semudah ABC untuk kami masukkan suspek ke dalam wad. Kami perlu ada kes suspek mengamuk atau mencederakan orang, baru boleh dimasukkan ke dalam wad.

“Sebelum kejadian ini, suspek baik-baik sahaja. Suspek juga bukan di bawah pengaruh pil ataupun dadah. Malah rokok pun suspek tak hisap,” katanya.

Jelas Wan Rabiatul lagi, jika suspek tidak mempunyai masalah kesihatan, lelaki itulah yang akan menjaga ibu dan neneknya di kampung.

“Kalau fikir logik akal, boleh tengok video itu. Suspek tidak melawan, apatah lagi menutup muka dia. Ini kerana dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan. Mungkin tak ada rasa apa-apa.

“Saya wakil keluarga memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa,” katanya.

Terdahulu, mangsa mendakwa suspek telah memanjat masuk ke dalam tandasnya semasa dia sedang membuang air kecil sebelum dicabul dan cuba dirogol oleh suspek.

Bagaimanapun jeritannya meminta tolong berjaya membuatkan seorang wanita berhampiran pergi mendapatkan bantuan sebelum suspek ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : brodespatch

Wednesday, July 5, 2017

HAMZAH : HARGA MINYAK MUNGKIN AKAN DITETAPKAN SECARA HARIAN

hamzah-minyakKUALA LUMPUR: Kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan akan memperkenalkan formula baharu tidak lama lagi berhubung mekanisme penetapan harga mingguan petrol dan diesel.

Menteri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kementeriannya sedang berunding dengan kementerian kewangan serta pengusaha stesen minyak bagi mewujudkan situasi menang-menang.

“Dengan harga minyak terus menurun dalam beberapa minggu ini, mereka (pengusaha stesen minyak) menghadapi tekanan. Saya berbincang dengan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani serta pengusaha berkenaan.

“InsyaAllah, menjelang minggu depan, akan terdapat sesuatu untuk setiap pihak.“Kita akan tentukan kaedah ini dapat membantu rakyat dan serentak itu menunjukkan industri berkenaan boleh diliberalkan dan mungkin pada masa depan, kita akan lakukan (penetapan harga) secara harian,” katanya pada sambutan Hari Raya anjuran Malaysia Intellectual Property Corporation (MyIPO) hari ini.

Penetapan harga mingguan petrol dan diesel oleh kerajaan pertama kali diperkenalkan pada 29 Mac dan pada setiap Rabu, pengumuman harga baharu minyak dibuat.

Harga itu berkuat kuasa selepas tengah malam.

Mekanisme ini membolehkan pengguna menikmati harga runcit yang lebih stabil berbanding penetapan harga bulanan.

Untuk minggu sehingga Rabu ini, harga seliter ditetapkan pada RM1.89 untuk RON95, RM2.15 untuk RON97 dan RM1.84 untuk diesel.

Sunday, March 26, 2017

HARGA MINYAK PETROL RON95 RON97 DIESEL MINGGUAN TERKINI



Bermula 29 Mac 2017, harga siling bahan api (minyak petrol dan diesel) ditetapkan secara mingguan mengikut kaedah pengapungan terkawal berdasarkan Purata Harga Pasaran minggu sebelumnya.

Harga mingguan baharu akan berkuatkuasa setiap hari KHAMIS.

Untuk memudahkan anda memantau pergerakan naik turun harga runcit (harga di pam) bahan api, berikut kami sediakan senarai harga mingguan bagi seliter minyak petrol dan diesel di semua lokasi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.




Monday, March 6, 2017

DISAMAN GARA-GARA VISOR HELMET GELAP




*Aku baru sahaja melalui road block PDRM dan disaman atas sebab kononnya mnggunakan visor gelap pada helmet... bukan aku je yang kena... tapi ramai lagi.. yang sangat aku kesian bila tengok orqng balik kerja, buruh-buruh pakai motor buruk pun kena... dah dekat 8 tahun aku pakai visor nie baru sekarang kena saman... sebelum ini berpuluh kali lalu roadblock ok je lepas... cenggini lah, kalau aku cerita sebab apa pakai visor gelap, silau bila siang sebab matahari, silau sebab malam kereta pakai lampu putih macam haram, maybe aku salah dan tak diterima... aku cuma nak cakap... kepada pemimpin Malaysia yang baca ini, kalau rasa tak ada duit tak payah BAGI BRIM LEPAS TU KUTIP BALIK... tak payah nak kejar sangat jadi negara maju kalau menyusahkan orang... negara yang membangun pun dah cukup... kesiankan buruh-buruh yang aku cakap tadi.. badan kotor-kotor main batu main simen untuk lekatkan sebiji bata yang akhirnya jadi tempat gah untuk datok-datok sekalian, basah kuyup kena hujan dengan motor yang dah nak luruh kebumi tu... kalau ulang kalau tak mampu bagi jangan berlagak boleh bagi lepas tu kutip balik*
*#mohon viral*

*#harap sampai*
Sumber : WhatsApp

PERMOHONAN BR1M TAK LULUS , ORANG RAMAI BANJIRI MEDIA SOSIAL DENGAN HASHTAG #br1m


7 Mac - Sejak dari petang tadi, hashtag #br1m sekali lagi mula membanjiri media sosial Facebook dan Twitter apabila orang ramai melaporkan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang dipohon mereka tidak diluluskan.

Maklumat dari orang ramai mendapati ada dari permohonan yang tidak diluluskan itu diberi dengan mesej alasan "maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan (SSM)".

Selain itu, turut dipaparkan tempoh tarikh rayuan yang bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.


Di media sosial, pemohon-pemohon BR1M memuat naik keratan permohonan mereka yang tidak diluluskan dan bertanya kepada rakan-rakan mereka adakah menerima nasib yang sama.

Selain itu, ada juga yang meminta penjelasan disebalik alasan yang diberikan.

Bagaimanapun, ada juga yang melaporkan status permohonan mereka telah diluluskan.

Status permohonan BR1M terbaru boleh disemak di SINI.

Thursday, March 2, 2017

ANTARA PUNCA HARGA GULA NAIK ADALAH ...


HARGA gula mulai naik sejak semalam iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram, naik sebanyak 11 sen!

Menurut laporan Oriental Daily, punca kenaikan ini adalah disebabkan peningkatan harga gula di pasaran antarabangsa, ditambah pula penyusutan nilai ringgit, sekali gus mendorong kos yang ditanggung kilang pengeluar gula tempatan turut meningkat.

Difahamkan, kenaikan ini telah diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Memetik laporan akhbar ini, Adun Bahau, Chew Seh Yong mendakwa, beliau telah menerima rungutan daripada orang ramai sejak awal pagi semalam bahawa harga gula telah naik sebanyak 11 sen sekilogram, iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

"Setelah mendapat penjelasan daripada pihak berkaitan, akhirnya memang disahkan pihak kerajaan telah setuju dengan kenaikan 11 sen sekilogram ini. Beberapa peniaga telah menjual dengan harga terbaru ini, manakala ada pekedai runcit hanya akan naikkan harga selepas pengumuman dibuat kerajaan," kata Seh Yong kepada akhbar ini.

Menurut beliau, tidak kira membuat pengumuman atau tidak, kerajaan sepatutnya tidak meluluskan kenaikan harga gula ini kerana ia akan membebankan lagi kos hidup yang ditanggung oleh rakyat jelata ketika ini.

"Apa yang lebih mengecewakan kita ialah kenapa kerajaan tidak telus dalam mengendalikan harga runcit gula ini. Kerajaan terpaksa meluluskannya secara senyap-senyap tanpa memberitahu kepada orang ramai.

"Apabila berlaku keadaan seperti ini, sudah tentu akan menyebabkan pengguna rasa kurang senang hati malahan akan menyebabkan pasaran berada dalam kedudukan keliru," katanya.

Menurut Seh Yong, gula adalah salah satu barang keperluan penting kepada setiap orang dan setiap kali apabila berlaku kenaikan, ia pasti akan meningkatkan inflasi serta menjejaskan kos sara hidup rakyat.

"Adalah tidak bijak bagi kerajaan membenarkan kenaikan harga gula pada masa ini. Ia seolah-olah menyeksa rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang sebelum ini," katanya lagi.

- Sinar Harian

Wednesday, March 1, 2017

BR1M DIKATAKAN RASUAH KERANA ...


KUALA LUMPUR: Agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu berpandukan mekanisme secara bersyarat bagi mengelak ia dipalit persepsi sebagai satu bentuk rasuah.

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari berkata, BR1M adalah satu mekanisme bantuan yang sangat baik dan dipraktikkan di negara-negara maju, tetapi ia perlu diberikan dalam bentuk bersyarat.

"Kenapa boleh dikatakan rasuah? Ini kerana ia tidak bersyarat. Jadi orang yang menerimanya hanya terima tanpa membuat apa-apa," katanya apabila mengupas isu pendekatan mampan agihan BR1M di Hari Ini 8.

Katanya, bentuk bersyarat dilihat lebih baik kerana ia didorong produktiviti dan membantu isu rumah untuk memperbaiki taraf hidupnya.

"Sebagai contoh, kalau isu rumah mempunyai anak-anak bersekolah, BR1M boleh diteruskan jika anak-anak mencatat kehadiran dan pencapaian yang baik."

"Ia lebih produktif kerana mereka bukan duduk sahaja dan menerima BR1M," jelasnya.

Tambahnya, ada di kalangan penerima BR1M yang tidak ada niat untuk meningkatkan taraf hidup mereka kerana mahu kekal mendapatkan bantuan BR1M.

"Sekarang, ada isi rumah yang tidak ada niat untuk tingkatkan taraf hidup kerana kalau pendapatannya melebihi aras BR1M, maka tidak dapat lagi (bantuan)," katanya.

Dr Mohd Yusof berkata, setiap isu rumah mempunyai keperluan berbeza dan justeru, perlu ada mekanisme yang lebih tersasar.

"Setiap isu rumah, keperluannya berbeza-beza. Contohnya kalau di bandar, BR1M mungkin boleh membantu dalam bentuk subsidi sewa rumah dan bayaran ansuran. Di kawasan lain, keperluannya berbeza pula, mungkin dari segi makanan," ujarnya.

HARGA GULA NAIK 11 SEN SEKILOGRAM DI KALA RAKYAT MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA HARGA PETROL

DALAM diam-diam, harga gula pasir dilaporkan telah naik sebanyak 11 sen bagi setiap kilogram, lapor portal berbahasa Cina Kwongwah.com. 

Berkuatkuasa serta merta, harga jualan bagi 1 kg gula pasir dari RM2.84 kini meningkat kepada RM2.95 secara senyap naik sebanyak 11 sen lapor portal itu.


Portal Malaysiakini pula melaporkan, harga gula telah meningkat sehingga RM0.11 sekilogram walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya dibuat.

Perkara itu turut disahkan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng. 

Menurutnya, perkara itu hanya dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui mesej pesanan ringkas.

"Saya terima sekitar jam 3 petang. Saya dimaklumkan melalui WhatsApp, tiada sebarang surat rasmi," kata Hong.

Terdapat berita yang melaporkan bahawa kerajaan sengaja tidak mahu mengumum kan peningkatan harga gula secara terbuka bagi mengelakkan orang ramai membuat pembelian panik, sekaligus akan menyebabkan bahan itu berkurangan dalam pasaran. 

Salah seorang sahabat kita sempat mengambil gambar di pasaraya yang dilawati hari ini. Memang sah harga gula kini RM2.95 sekilogram, harga gula memang sudah naik walaupun tiada pengumuman rasmi dari kerajaan.

Rujuk gambar berikut.


Baru sahaja rakyat menarik nafas lega petrol tak naik harga semalam, hanya harga diesel yang naik, rupa-rupanya dia 'sakau' naikkan harga gula.

Gula pasir adalah bahan asas dalam hampir kesemua makanan dan minuman. Kerana itulah ia diletakkan sebagai antara barangan kawalan, di mana harganya dikawal dan ditetapkan oleh kerajaan.

Peningkatan harga gula ini akan menyebabkan peningkatan harga kepada semua makanan dan minuman yang menggunakan gula. 

Dijangka ramai pihak akan menaikkan harga makanan dan minuman mereka kerana kenaikan kos harga gula.

Namun tidak dilupa kepada pengusaha yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Contohnya harga gula naik RM0.11 sekilogram, tapi kedai mamak naikkan harga RM0.10 bagi segelas air sirap seolah-olah penyediaan segelas air sirap memerlukan 1 kg gula.


Tuesday, February 28, 2017

ADUAN MASALAH DUIT BR1M BELUM MASUK

Pemohon baru dan penerima sedia ada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) dinasihatkan menggunakan saluran yang betul dalam usaha untuk mengemukakan masalah yang dihadapi.

Antara masalah utama dihadapi oleh pemohon baru dan penerima BR1m sedia ada adalah status permohonan memaparkan LULUS / BERJAYA tetapi duit BR1M belum dikreditkan atau dimasukkan ke dalam akaun bank simpanan penerima.

Jika anda menghadapi masalah ini, sila fahami dahulu maklumat dan kenyataan yang disertakan di bawah sebelum mengemukakan sebarang aduan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi setiap permohonan yang BERJAYA / LULUS akan diagihkan secara berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan.

Kecepatan pengkreditan duit bantuan BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun bank dan tidak memberikan maklumat akaun bank semasa membuat permohonan baharu / kemaskini, surat kelulusan (Baucar BR1M 2017) akan dihantar secara pos terus ke alamat penerima dan seterusnya baucar tersebut boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk makluman, pembayaran BR1M dalam bentuk baucar turut dibuat secara berperingkat dan penerima baucar berkemungkinan akan lewat mendapat baucar tersebut berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank.

Sekiranya BR1M tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun penerima disebabkan masalah sistem atau sebagainya, surat makluman akan dihantar ke alamat penerima dan penerima perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk menunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat hanya untuk permohonan BR1M 2017 yang sudah disahkan LULUS / BERJAYA setelah membuat semakan status permohonan.


Cara yang paling berkesan bagi membuat aduan berkaitan masalah duit BR1M 2017 belum diterima lagi pada tarikh yang sepatutnya adalah dengan mengunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan dan nyatakan masalah yang dihadapi oleh anda.

Ataupun anda boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDN) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan).

Sekiranya anda meluahkan masalah berkaitan BR1M yang dihadapi itu menerusi ruangan komen blog, ia tidak dapat membantu anda menyelesaikan masalah tersebut kerana admin blog terbabit bukannya dari pihak LHDN.


Melainkan anda sendiri membuat aduan dengan menggunakan cara yang betul menerusi saluran rasmi seperti mana yang dinyatakan sebelum ini.

HARGA PETROL DAN DIESEL UNTUK BULAN MAC 2017



KUALA LUMPUR: Harga petrol akan tidak berubah untuk bulan Mac.

Harga Diesel walaubagaimanapun, akan naik sebanyak 5 sen per liter.

Mengesahkan hari ini, sumber-sumber dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, harga RON 95 dan RON 97 bahan api akan kekal tidak berubah bagi bulan Mac.

RON 95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter, manakala RON 97 akan dijual pada RM2.60 seliter.

Diesel akan naik lima sen kepada RM2.20 seliter.

Harga petrol tidak berubah menamatkan peningkatan harga selama dua bulan berturut-turut. Pada bulan Disember, RON 95 dijual pada harga RM1.90 seliter, dan naik 20 sen pada bulan Januari.

bahan api itu juga menyaksikan kenaikan lagi 20 sen pada bulan Februari, menjadi RM2.30 seliter.

HARGA MINYAK NAIK LAGI ESOK?


PETALING JAYA: Harga runcit petrol dan diesel dijangka naik lagi mulai esok apabila kerajaan mengumumkan harga baharu malam ini, menurut sumber yang bagaimanapun mempertikaikan khabar angin melalui Whatsapp.

Menurut mesej pesanan ringkas yang giat dikongsi menerusi aplikasi itu, harga baharu RON95 dan RON97 akan naik masing-masing kepada RM2.50 dan RM3.00 seliter, iaitu kenaikan 20 sen dan 40 sen. Harga diesel pula dikatakan akan naik 30 sen kepada RM2.45.
Sumber industri yang dihubungi FMT menafikan kenaikan tersebut, menyifatkannya sekadar “khabar angin”.

“Kami masih belum mendapat maklumat rasmi, namun berdasarkan perkiraan angka itu tidak betul,” katanya.

Katanya, kadar kenaikan seperti yang tersebar itu adalah maklumat tidak sah.

Harga petrol ditentukan setiap awal bulan menggunakan sistem apungan terkawal.

Dalam pelarasan terakhir pada bulan lepas, harga RON95 dan RON97 naik 20 sen masing-masing kepada RM2.30 dan RM2.60, manakala diesel naik 10 sen kepada RM2.15.

Kerajaan sebelum ini berkata rakyat perlu bersedia dengan kenaikan harga minyak disebabkan nilai ringgit yang rendah dan pemulihan harga minyak mentah sedunia. SUMBER

Monday, February 27, 2017

TARIKH AKHIR PEMPROSESAN PERMOHONAN BR1M


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemprosesan permohonan 3,123,950 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijangka selesai pada 28 Februari ini.

“Kepada yang masih belum menerima BR1M atau status mereka masih dalam proses, iaitu seramai 3,123,950, pemprosesan permohonan BR1M anda dijangka selesai pada 28 Februari ini. – Bernama

kepada mereka yang masih ternanti-nanti dengan status dalam proses diharap dapat bersabar sehingga 28 Februari 2017 insyallah BR1M akan dimasukkan. Gunakan duit BR1M dengan sebaik-baik mungkin walaupun percuma hendaklah digunakan bagi meringankan beban dengan ekonomi yang tidak menentu.