Tuesday, February 28, 2017

HARGA MINYAK NAIK LAGI ESOK?


PETALING JAYA: Harga runcit petrol dan diesel dijangka naik lagi mulai esok apabila kerajaan mengumumkan harga baharu malam ini, menurut sumber yang bagaimanapun mempertikaikan khabar angin melalui Whatsapp.

Menurut mesej pesanan ringkas yang giat dikongsi menerusi aplikasi itu, harga baharu RON95 dan RON97 akan naik masing-masing kepada RM2.50 dan RM3.00 seliter, iaitu kenaikan 20 sen dan 40 sen. Harga diesel pula dikatakan akan naik 30 sen kepada RM2.45.
Sumber industri yang dihubungi FMT menafikan kenaikan tersebut, menyifatkannya sekadar “khabar angin”.

“Kami masih belum mendapat maklumat rasmi, namun berdasarkan perkiraan angka itu tidak betul,” katanya.

Katanya, kadar kenaikan seperti yang tersebar itu adalah maklumat tidak sah.

Harga petrol ditentukan setiap awal bulan menggunakan sistem apungan terkawal.

Dalam pelarasan terakhir pada bulan lepas, harga RON95 dan RON97 naik 20 sen masing-masing kepada RM2.30 dan RM2.60, manakala diesel naik 10 sen kepada RM2.15.

Kerajaan sebelum ini berkata rakyat perlu bersedia dengan kenaikan harga minyak disebabkan nilai ringgit yang rendah dan pemulihan harga minyak mentah sedunia. SUMBER

No comments:

Post a Comment