Showing posts with label mahal. Show all posts
Showing posts with label mahal. Show all posts

Wednesday, July 5, 2017

HAMZAH : HARGA MINYAK MUNGKIN AKAN DITETAPKAN SECARA HARIAN

hamzah-minyakKUALA LUMPUR: Kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan akan memperkenalkan formula baharu tidak lama lagi berhubung mekanisme penetapan harga mingguan petrol dan diesel.

Menteri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kementeriannya sedang berunding dengan kementerian kewangan serta pengusaha stesen minyak bagi mewujudkan situasi menang-menang.

“Dengan harga minyak terus menurun dalam beberapa minggu ini, mereka (pengusaha stesen minyak) menghadapi tekanan. Saya berbincang dengan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani serta pengusaha berkenaan.

“InsyaAllah, menjelang minggu depan, akan terdapat sesuatu untuk setiap pihak.“Kita akan tentukan kaedah ini dapat membantu rakyat dan serentak itu menunjukkan industri berkenaan boleh diliberalkan dan mungkin pada masa depan, kita akan lakukan (penetapan harga) secara harian,” katanya pada sambutan Hari Raya anjuran Malaysia Intellectual Property Corporation (MyIPO) hari ini.

Penetapan harga mingguan petrol dan diesel oleh kerajaan pertama kali diperkenalkan pada 29 Mac dan pada setiap Rabu, pengumuman harga baharu minyak dibuat.

Harga itu berkuat kuasa selepas tengah malam.

Mekanisme ini membolehkan pengguna menikmati harga runcit yang lebih stabil berbanding penetapan harga bulanan.

Untuk minggu sehingga Rabu ini, harga seliter ditetapkan pada RM1.89 untuk RON95, RM2.15 untuk RON97 dan RM1.84 untuk diesel.

Sunday, March 26, 2017

HARGA MINYAK PETROL RON95 RON97 DIESEL MINGGUAN TERKINI



Bermula 29 Mac 2017, harga siling bahan api (minyak petrol dan diesel) ditetapkan secara mingguan mengikut kaedah pengapungan terkawal berdasarkan Purata Harga Pasaran minggu sebelumnya.

Harga mingguan baharu akan berkuatkuasa setiap hari KHAMIS.

Untuk memudahkan anda memantau pergerakan naik turun harga runcit (harga di pam) bahan api, berikut kami sediakan senarai harga mingguan bagi seliter minyak petrol dan diesel di semua lokasi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.




Wednesday, March 1, 2017

HARGA GULA NAIK 11 SEN SEKILOGRAM DI KALA RAKYAT MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA HARGA PETROL

DALAM diam-diam, harga gula pasir dilaporkan telah naik sebanyak 11 sen bagi setiap kilogram, lapor portal berbahasa Cina Kwongwah.com. 

Berkuatkuasa serta merta, harga jualan bagi 1 kg gula pasir dari RM2.84 kini meningkat kepada RM2.95 secara senyap naik sebanyak 11 sen lapor portal itu.


Portal Malaysiakini pula melaporkan, harga gula telah meningkat sehingga RM0.11 sekilogram walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya dibuat.

Perkara itu turut disahkan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng. 

Menurutnya, perkara itu hanya dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui mesej pesanan ringkas.

"Saya terima sekitar jam 3 petang. Saya dimaklumkan melalui WhatsApp, tiada sebarang surat rasmi," kata Hong.

Terdapat berita yang melaporkan bahawa kerajaan sengaja tidak mahu mengumum kan peningkatan harga gula secara terbuka bagi mengelakkan orang ramai membuat pembelian panik, sekaligus akan menyebabkan bahan itu berkurangan dalam pasaran. 

Salah seorang sahabat kita sempat mengambil gambar di pasaraya yang dilawati hari ini. Memang sah harga gula kini RM2.95 sekilogram, harga gula memang sudah naik walaupun tiada pengumuman rasmi dari kerajaan.

Rujuk gambar berikut.


Baru sahaja rakyat menarik nafas lega petrol tak naik harga semalam, hanya harga diesel yang naik, rupa-rupanya dia 'sakau' naikkan harga gula.

Gula pasir adalah bahan asas dalam hampir kesemua makanan dan minuman. Kerana itulah ia diletakkan sebagai antara barangan kawalan, di mana harganya dikawal dan ditetapkan oleh kerajaan.

Peningkatan harga gula ini akan menyebabkan peningkatan harga kepada semua makanan dan minuman yang menggunakan gula. 

Dijangka ramai pihak akan menaikkan harga makanan dan minuman mereka kerana kenaikan kos harga gula.

Namun tidak dilupa kepada pengusaha yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Contohnya harga gula naik RM0.11 sekilogram, tapi kedai mamak naikkan harga RM0.10 bagi segelas air sirap seolah-olah penyediaan segelas air sirap memerlukan 1 kg gula.